Tuesday 3 April 2012

Kelas Senaman Tua : Cikgu Kamaruddin


Kelas Senaman Mingguan

Kelas Senaman Tua yang dibawa oleh Cikgu Kamaruddin

Dewan Melor
Kampung Melayu Ampang
Hari : Selasa
Waktu : 9:00pm
Tel : +012-234 2262




Bagi yang berminat untuk membuat kelas khas senaman boleh juga menghubungi beliau, Pejabat
Majalah Seni Beladiri, Guru Azlan Ghanie 03-4025 5379 dan juga guru-guru yang menguruskan cawangan
gelanggang-gelanggang Silat Melayu Keris Lok 9.

Kelas Senaman Tua

Bagi untuk menyertai kelas senaman tua, boleh sertai kelas senaman di gelanggang pusat, No 6-1 Jalan 5A/ Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur (Tel : +603-4025 5379) pada setiap hari sabtu jam 3pm.


Bagi yang ingin membuat kelas senaman khas luar dari gelanggang utama boleh hubungi
Cikgu Kamal +012-234 2262 atau;
Guru-guru Gelanggang

Pendaftaran Persatuan

Persatuan Silat Melayu Keris Lok Sembilan Malaysia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 pada 01 November 2006.

No. Sijil Pendaftaran adalah seperti berikut:
NO. PPM SEL000208/05
NO. PPP SEL000032/05

No. Pendaftaran Pertubuhan adalah 1486-06-SEL

Sunday 1 April 2012

SMKL9 Netherlands


Kempen Sihat dan Selamat 2012

Kursus di Pejabat

SENAMAN TUA

Bersama Mahaguru Dr. Azlan Ghanie, Pengasas Senaman Tua

Dengan sokongan, Perubatan Komplimentari Tradisional (T&CM) Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagi menjayakan KEMPEN SIHAT DAN SELAMAT 2012 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

1) Kelas Latihan 3 Bulan

Sijil kehadiran dan laporan kecergasan
-  Kelas Senaman 2 kali seminggu
-  Satu kelas : 1 jam atau 1 jam 30 minit
-  Tari dan beladiri akan diperturunkan

2) Kelas Latihan 6 Bulan

-  Kelas Senaman 2 kali seminggu
-  Satu kelas : 1 jam atau 1 jam 30 minit
-  Tari dan beladiri akan diperturunkan


Cas bayaran adalah melalui rundingan

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

Pejabat Seni Beladiri : 03-4025 5379


Senaman Melayu Tua / Persatuan Silat Melayu Lok Sembilan Malaysia

Notis Yuran Tahun 2012

Kepada Ahli Silat Melayu Keris Lok 9 yang masih aktif :

Assalamualaikum,

Bayaran yuran wajib kepada ahli pengamal persatuan.

1) Pendaftaran Ahli:

Pendaftaran semula ahli-ahli lama yang belum menisi borang pendaftaran semula yang telah di buat pada tahun 2011.

Mohon untuk mengisi borang pendaftaran ahli, borang boleh didapatkan daripada guru-guru amanah gelanggang.  Pendaftaran ahli RM50 (sekali untuk pendaftaran). Kepada ahli-ahali baru juga adalah wajib untuk mengisi borang pendaftaran tersebut.

2) Yuran Tahunan

Yuran tahunan sebanyak RM25 bagi merekodkan ahli-ahli yang masih aktif dengan persatuan.  Yuarn wajib kepada semua ahli.

Bayaran dibuat terus ke gelanggang utama setapak atau kepada guru-guru amanah gelanggang.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi :

Gelanggang Utama Setapak : +603-4025 5379
Guru Shuhaimi : +6013-399 3220

Sekian terima kasih. Wassalam


Friday 30 March 2012

Puisi - Bersilat Hingga ku Nafi

Apapun silat apu pelajari
Manafaat amalan hingga sebati
Aku bersilat hingga ku nafi
Buah, bunga, tapak dan tari

Baru silatku menjadi murni
Berjuang aku ke titisan muktamad
bergantungku hanya pada Ilahi
Syahidku moga diredhai Al-Ahad

Walau dicerca,walau dibenci
Tetapkan iman, kuatkan hati
Aku melalui lorong berduri
Untuk kembara menuju firdausi

Walau tiada lagi pengikut
Aku terusan berjalan jua
Tidak ku sunyi, tidak ku takut
Kerana Allah ada bersama

Kaulah Kekasih, Kaulah Teman
Aku sangat cinta padaMu
Kan ku hancur segala kebatilan
Demi menegak kebenaran yang satu