Friday 30 March 2012

Puisi - Bersilat Hingga ku Nafi

Apapun silat apu pelajari
Manafaat amalan hingga sebati
Aku bersilat hingga ku nafi
Buah, bunga, tapak dan tari

Baru silatku menjadi murni
Berjuang aku ke titisan muktamad
bergantungku hanya pada Ilahi
Syahidku moga diredhai Al-Ahad

Walau dicerca,walau dibenci
Tetapkan iman, kuatkan hati
Aku melalui lorong berduri
Untuk kembara menuju firdausi

Walau tiada lagi pengikut
Aku terusan berjalan jua
Tidak ku sunyi, tidak ku takut
Kerana Allah ada bersama

Kaulah Kekasih, Kaulah Teman
Aku sangat cinta padaMu
Kan ku hancur segala kebatilan
Demi menegak kebenaran yang satu

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.